Selasa, 2 Oktober 2012

Bajet 2013 : Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Pada entri kali ini, penulis cuma ingin mengulas sedikit berkaitan bajet 2013 yang juga tempiasnya terkena pada taska dan tadika.

62. Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.


63. Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif, Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:



Pertama: Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;



Kedua: Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;



Ketiga: Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan



Keempat : Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.



64. Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan taska OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis taska OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

Jika dilihat dari sudut positif, banyak peluang terbuka yang ditawarkan dalam bajet 2013 ini. Para usahawan dan bakal usahawan taska/tadika seharusnya melihat ini sebagai peluang terbaik untuk memajukan industri ini.

Selamat maju jaya.

Selasa, 10 Julai 2012

Rosmah: Taska Swasta Wajib Ikuti Kursus PERMATA


KUALA LUMPUR - Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, untuk tujuan itu, pihak Permata dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang dalam proses merangka pelan peralihan bagi membolehkan Kursus Permata dan Kurikulum Permata diguna pakai oleh semua taska swasta di seluruh negara.


Rosmah yang juga Penaung Permata Negara berkata, semasa dalam tempoh peralihan, pihak Permata akan menganjurkan kursus-kursus melatih para pelatih bagi membolehkan tenaga pengajar swasta melaksanakan Kursus Permata untuk pendidik mereka.


"Di samping itu, pihak Permata juga akan menganjurkan kursus ulang kaji mengenai Permata kepada tenaga pendidik yang sedia ada agar dapat memakai Kurikulum Permata," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Anak Permata Negara Kerinchi di PPR Kerinchi di sini, hari ini.


Turut hadir pada majlis itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusop serta Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.


Menurut Rosmah sehingga kini, pemakaian Kurikulum Permata hanya melibatkan Taska di bawah kelolaan kerajaan di seluruh negara sahaja yang dijadikan sebagai garis panduan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan sejak 2009.


Mengenai Pusat Anak Permata Negara Kerichi, Rosmah berkata walaupun dibina bahagian bawah rumah pangsa, namun ia mempunyai ciri binaan yang sesuai, selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.


"Walaupun terdapat kekangan keluasan tanah, namun pusat ini masih mempunyai kawasan untuk aktiviti pembelajaran luar yang sememangnya penting bagi perkembangan menyeluruh kanak-kanak.


Beliau berharap lebih banyak pusat seperti itu dapat dibuka di kawasan rumah pangsa untuk manfaat anak-anak sebagai permulaan kepada kehidupan yang lebih baik.


Rosmah berkata penubuhan pusat berkenaan agak unik kerana ia diwujudkan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri semasa lawatan turun padang beliau ke Lembah Pantai pada akhir Januari lalu.


"Penubuhan pusat ini adalah sebahagian daripada janji Perdana Menteri yang telah ditepati untuk menyediakan sebuah pusat asuhan dan didikan kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di kawasan Kerinchi," katanya. - Bernama




Isnin, 14 Mei 2012

Rosmah Saran Majikan Tubuh Taska Di Tempat Kerja



Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyarankan majikan khususnya di sektor swasta supaya memberi sokongan padu dan komitmen terhadap golongan wanita berkerjaya dengan menubuhkan taska di tempat kerja.

Beliau berkata penubuhan taska di tempat kerja dapat memastikan para ibu yang berkerjaya berfikiran tenang, sekali gus meningkatkan produktiviti tanpa menjejaskan keutuhan institusi kekeluargaan.

"Hasil kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di negara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal.

"Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat umur tersebut merupakan kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa yang sama anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu," katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan 2012, yang bertemakan 'Ibu Berkerjaya Sentiasa Di Sisi,' di Johor Bahru hari ini.



Hadir sama isteri Menteri Besar Johor Prof Datin Dr Jamilah Ariffin, Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Senator Datuk Heng Seai Kie dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai.

Rosmah berkata penemuan 'The 2010 Survey of Mothers in Europe,' turut mendapati ramai ibu yang bekerja menyuarakan rasa kesal kerana terpaksa melepaskan detik penting dalam fasa pembesaran anak-anak mereka kerana kekurangan berinteraksi bersama anak-anak.

Beliau berkata tindakan para ibu yang terpaksa mengetepikan cita-cita dan impian kerjaya demi keluarga itu amat merugikan negara kerana kaum wanita terkenal berupaya menjalankan pelbagai tugas dengan jayanya.

Katanya kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan ibu yang berkerjaya untuk mengimbangi masa antara keluarga dan kerja, termasuk jadual bekerja anjal, kemudahan bekerja dari rumah dan menyediakan taska.

Bagaimanapun, katanya jumlah itu masih tidak menggalakkan apabila hanya 76 buah taska diwujudkan iaitu 60 di sektor awam dan 16 di sektor swasta.



"Berdasarkan perangkaan kumpulan umur wanita bekerja pada tahun 2010, wanita muda berumur 25 hingga 29 tahun adalah paling ramai berada dalam sektor pekerjaan iaitu 67 peratus, diikuti wanita berumur 30 hingga 34 tahun iaitu 61 peratus dan 35 hingga 39 tahun merangkumi 56 peratus.

"Dengan ini adalah amat bertepatan sekali sambutan Hari Ibu tahun ini yang mana modal insan wanita begitu penting dan diperlukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi serta memelihara kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut melancarkan portal 'Malaysian Working Mother's Forum,' yang dibangunkan Dutch Lady Malaysia Berhad bagi menjadi platform ibu berkerjaya untuk berbincang dan berkongsi pengalaman kerja serta keluarga mereka.

Beliau turut membacakan puisi khas dan menyampaikan sebuah lagu untuk semua ibu sempena sambutan hari berkenaan.

Bernama

Isnin, 4 Julai 2011

80% Tak Daftar



KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus Pusat Asuhan Kanan-kanak (taska) di ibu negara ini belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan pelbagai faktor antaranya kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak mendapat kebenaran jiran.

Daripada 285 taska membabitkan institusi, rumah, tempat kerja dan komuniti, hanya 30 yang berdaftar, sementara itu 18 masih dalam proses mendapatkan permohonan berlesen.


Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Noormah Abdul Rauf, berkata statistik itu semakin membimbangkan kerana jumlah itu bakal meningkat setiap tahun jika dibiarkan berterusan.



Menurutnya, kebanyakan taska bukan sengaja tidak mahu mendaftar, tetapi terpaksa berdepan pelbagai kerenah birokrasi PBT untuk meluluskan permohonan lesen selain masalah kebenaran daripada jiran untuk wujudkan taska di rumah.


“Pelbagai prosedur perlu dipatuhi pengusaha seperti pelan bangunan dan tahap keselamatan bagi melayakkan mereka mendapat lesen pendaftaran menyebabkan prosedur itu menjadi susah dan lambat.



“Bagi pengusaha taska di rumah, mereka berdepan masalah kebenaran daripada jiran untuk operasi itu selain perlu mematuhi pelbagai perancangan bagi penukaran status kediaman kepada premis perniagaan,” katanya kepada sidang media selepas sesi dialog JKM bersama pengusaha taska dan penghuni kuarters Kerajaan Jalan Duta, di sini, kelmarin.





  Noormah berkata, JKM tidak dapat memberi sokongan kepada pengusaha sekiranya taska yang tidak berdaftar mengalami kemalangan dan keadaan ini menyukarkan mereka menangani masalah itu.


“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap taska yang tidak berdaftar dan didakwa di mahkamah serta denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara. Pengusaha juga boleh dikompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan dan taska mereka ditutup.



“Sehingga kini, JKM menutup sebuah taska dan dua pusat jagaan kanak-kanak di WPKL,” katanya.


Katanya, pengasuh perlu mengikuti kursus asuhan kanak-kanak kerana pengasuh yang tidak bertauliah bukan saja membahayakan keselamatan kanak-kanak, malah boleh membawa kepada kematian dan menasihati ibu bapa lebih peka memilih taska bagi mengelak kejadian buruk berlaku. 





Pengusaha Perlu Daftar Taska



TELUK KALONG – Semua pengusaha taska di daerah ini diharapkan dapat mendaftarkan semua tadika yang beroperasi secara sah bagi memudahkan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman menjalankan pemantauan tadika berkenaan secara berterusan. 

Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah, Dr Normazni Mat Pa berkata, saranan itu adalah disebabkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat Kesihatan Daerah komited memastikan pusat asuhan kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat dan bebas daripada penyakit berjangkit. 

Menurutnya, menerusi kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), setiap premis pusat jagaan kanak-kanak akan dibuat pemeriksaan oleh pihak Pejabat Kesihatan sebelum kelulusan beroperasi diberi. 

“Pemeriksaan meliputi aspek pemeriksaan fizikal bangunan, kebersihan, status kesihatan pengendali taska dan aspek kebersihan penyediaan makanan. 

“Pihak kami juga akan menjalankan pemantauan aspek kesihatan kanak-kanak ini dari aspek perkembangan tumbesaran, imunisasi dan masalah kesihatan mereka, justeru, kami mengharapkan kerjasama daripada semua pengusaha taska agar dapat mendaftarkan semua tadika yang beroperasi secara sah,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Kawalan Penyakit dan Keselamatan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Daerah Kemaman yang diadakan di Dewan Fakulti Elektrik, Kolej Universiti TATi, di sini, kelmarin. 

Mengulas lanjut, katanya, kanak-kanak mudah terdedah dengan bahaya persekitaran dan banyak kejadian seperti bayi tersedak susu, tercekik mainan dan tercedera disebabkan terkena peralatan tajam malah lebih teruk lagi ia menjadi punca kepada kematian kanak-kanak. 

“Justeru, untuk me-ngelakkan kejadian ini terus berlaku pengendali pusat jagaan kanak-kanak seharusnya mengambil langkah pencegahan awal dengan 

menjauhkan mereka dengan sebarang peralatan berbahaya dan mengawasi pergerakan kanak-kanak setiap masa. 

“Oleh itu, seminar julung kali ini diharap dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pihak yang terbabit dalam me-ngurus penjagaan kanak-kanak,” katanya.

Isnin, 27 Jun 2011

Risiko Bayi Tersedak Susu



TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama - kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak. 

Ibu bapa mana yang dapat menerima berita buruk apabila permata hati yang baru mengenali dunia, hilang sekelip mata. Lebih dikesali, kematian insan tersayang akibat punca yang sememangnya boleh dielakkan andai semua pihak, khususnya yang menjaga bayi berkenaan, lebih bertanggungjawab menjaga bayi itu.
Namun, perlu diingat, kejadian seumpama itu tidak hanya membabitkan pusat jagaan, sebaliknya boleh berlaku di mana-mana. Apalagi ia membabitkan risiko ketika memberi susu botol kepada si kecil berkenaan.



Persoalannya, bagaimanakah kejadian tersedak susu itu boleh berlaku? 

Pakar Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Varughese Koshy, berkata, tidak dinafikan, bayi sememangnya berisiko untuk tersedak ketika menyusu terutama jika mereka yang berusia di bawah setahun. 

Malah, katanya, semakin kecil usia mereka, semakin tinggi risiko untuk tersedak ketika menyusu. 

“Dua fakta yang utama, sistem pertahanan tubuh yang belum matang dan kecuaian ibu bapa atau pengasuh mengenai keselamatan anak-anak menyumbang kepada kejadian tersedak susu ini. 
“Walaupun ia bukan kes yang terlalu kerap dilaporkan tetapi kecuaian boleh menyebabkan ia terjadi. Setiap bayi sememangnya berisiko untuk mengalami masalah ini,” katanya. 

Dr Varughese turut mengingatkan, bayi juga tidak hanya berisiko tersedak susu tetapi juga pelbagai jenis makanan lain. Ini seperti kekacang, ketulan daging atau ikan yang dipotong dalam saiz besar atau disediakan dengan tidak sempurna seperti tidak dihancurkan sebaiknya hingga menyukarkan mereka untuk menelan. 

Katanya, berbanding orang dewasa, sistem pertahanan tubuh bayi juga belum terbentuk dengan sempurna. Dan bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan ‘cough reflex’ yang belum cukup matang. 

‘Cough reflex’ merujuk komponenan sensori dan motor, iaitu sebahagian daripada mekanisme pertahanan badan yang sangat penting. Sistem pertahanan tubuh ini memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia. 

Stimulasi pada reseptor batuk bertindak mengeluarkan bahan asing daripada sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru. 

“Keadaan itu menyebabkan bayi sukar untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak. 

“Otot mereka masih kecil untuk bertindak sedemikian,” katanya. 

Sehubungan itu, kata Dr Varughese, tiada cara yang lebih berkesan bagi mengelak permasalahan atau risiko itu kecuali ibu bapa atau penjaga bersikap lebih prihatin dalam penjagaan bayi.



“Jangan sesekali tinggalkan mereka sendirian ketika menyusu. Walaupun anda berada di sebelah bayi itu sekali pun, jangan biarkan mereka menyusu dengan bertindak menjadikan bantal sebagai bahan penyendal atau penahan botol susu. 

“Sebaliknya, cara terbaik adalah memegang botol susu itu. Pada masa sama, pantau sesi penyusuan itu,” tegasnya. 

Dr Varughese berkata, ibu bapa juga perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan. 

Ini kerana, lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak. 

Begitu juga ketika memberi mereka makan, ibu bapa atau pengasuh perlu peka untuk melihat keupayaan anak sama ada si kecil itu sudah berupaya mengunyah makanan dengan baik atau sebaliknya. 

“Tidak semua makanan mesti dihancurkan sebelum disuap kepada anak. Sebaliknya, potong makanan dalam saiz kecil yang bersesuaian dengan keupayaan anak untuk mengunyah atau menelan. 

Info: Cara betul/teknik menyusu bayi 
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. 
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu. 
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi. 
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi. 
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak 
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu. 
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu. 
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.

Selasa, 28 Disember 2010

Jika Anak Sering Ditinggalkan


Dalam kesibukan bekerja, ibubapa sering meninggalkan anak baik pada penjagaan orang tua di kampung mahupun menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah mahupun pengasuh.

Semuanya kerana ibu bapa harus keluar bekerja mencari nafkah demi memenuhkan keperluan anak-anak.

Namun tanpa ibu bapa sedari bahawa tindakan tersebut sebenarnya mendatangkan kesan psikologi ke atas anak-anak khusus nya yang masih kecil. Mereka akan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa sendiri. Sedikit tip di bawah mungkin dapat membantu ibu bapa dalam menangani perkara ini.

Pastikan pengganti layak
Ketika ibu bapa keluar bekerja, ibu bapa harus menentu kan siapakah pengganti yang selayaknya menjaga anakanak. Ini kerana pengganti akan ber tindak sebagai orang yang dapat mengoptimumkan per kemba ngan anak. Sebaiknya balik dari kerja, ibu bapa harus bertanya bagaimana perkembangan dan pertum buhan anak dari penjaga.

Ganti masa yang hilang
Ibu bapa harus meluangkan banyak masa dengan anak bagi menggantikan masa yang hilang ketika keluar bekerja. Sedaya mungkin anda harus melakukannya demi memastikan perkembangan anak dapat diikuti dengan sebaiknya.

Bantuan jiran
Ibu bapa anda harus berperanan aktif berbaik dengan jiran tetangga bagi memastikan anak-anak masih di dalam kawalan jika anda keluar bekerja atau kerja luar daerah kerana mereka boleh menjadi mata dan telinga anda.

Anak miliki hargai diri tinggi lebih bahagia
Kita selalu mendengar tentang perkataan harga diri’ atau ‘kepercayaan diri’ tapi adakah kita memahami pentingnya sebuah harga diri bagi kehidupan anak kita di masa yang akan datang? Apakah dengan memiliki harga diri ini, mereka boleh berbahagia?

Dalam kehidupan, kita sering kali melihat orang-orang yang selalu merasa ‘kurang’ yakni kurang cantik, kurang kaya dan sebagainya sehingga mereka tidak merasa bahagia. Itulah gambaran orang-orang yang memiliki harga diri rendah sehingga mereka selalu memerlukan sokongan dan dorongan dari orang-orang sekitarnya supaya dia merasa lebih baik ke atas dirinya sendiri. Sedangkan orang dengan harga diri tinggi, dalam situasi yang sama akan belajar untuk menyelesaikan masalahnya selain berjuang untuk meningkatkan jati diri.

Orang yang memiliki harga diri, lazimnya cenderung menerima hal-hal baru dalam kehidupan mereka, lebih cepat menyelesaikan masalah jika berlaku krisis dan tidak takut mengambil risiko. Mereka biasanya tidak akan menghabiskan waktu untuk sebuah ketakutan sambil memikirkan masalah dari terus menerus.

Mereka cenderung lebih fl eksibel dan memiliki keyakinan untuk mengambil tindakan dalam mengatasi masalah yang timbul. Dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang terjadi, dan mudah bersosial.

Dari sini dapat kita simpulkan, bahawa anak yang memiliki harga diri akan lebih bahagia, mudah beradaptasi, kreatif, lebih percaya diri dan kreatif. Sebagai orang tua tentunya kita mahukan anak membesar dengan memiliki harga diri.

Oleh itu sebagai ibu bapa yang prihatin, jangan pernah berhenti memberikan dorongan positif dan dorongan kepada anak kerana sikap anda sebagai orang tua merupakan faktor terpenting dalam mencipta rasa percaya diri dan harga diri anak. Perlakuan kita sebagai orang dewasa akan membawa pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak selanjutnya.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Taska: Pilihan atau keperluan


“KALAU diikutkan, hari-hari mereka nak ke taska. Bangun pagi saja terus mendesak supaya menghantar mereka ke taska. Mereka tak sabar nak bermain bersama kawan-kawan dan berjumpa cikgu.
“Di taska mereka bukan sahaja bermain, malah jadual harian juga padat dengan bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah,” cerita Nursalina Abd. Aziz, 30, bersungguh-sungguh.
Bicara pereka grafik di salah sebuah syarikat swasta itu, sebelum ke pejabat dia akan menyediakan kelengkapan anak-anaknya untuk dibawa ke taska. Sebuah beg bersaiz besar diisi dengan beberapa pasang pakaian dan lampin pakai buang untuk kegunaan anaknya, Che Wan Muhaimin Rabie, 4 tahun; Muzzammil, 2 tahun dan Madiha, setahun.
“Secara purata untuk seorang anak saya bekalkan tiga atau empat pasang baju dan lampin pakai buang sehari kerana pengasuh akan menyalinkan pakaian anak-anak pada sebelah pagi, tengah hari dan petang,” ujar Salina.
Taman Asuhan Kanak-kanak atau singkatannya Taska merupakan sebuah premis yang menjaga empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Kanak-kanak yang mendaftar dikenakan yuran mengikut usia dan servis yang ditawarkan oleh sesebuah taska.
“Saya tak kisah soal harga walau setiap bulan terpaksa membayar yuran sebanyak RM600. Bagi saya yuran yang dikenakan berbaloi dengan servis dan keperluan yang disediakan oleh pihak taska.
“Lagipun kebajikan anak-anak terpelihara. Pengasuh taska turut menitikberatkan soal pembelajaran seperti mengira, mengeja dan menyanyi serta fardu ain,” tutur Salina ketika ditemui Kosmo! yang mengakui anak-anaknya semakin berdisiplin, berdikari dan gemar mewarna.
Keadaan itu berbeza sewaktu anak-anak Salina dihantar ke rumah jiran dan dijaga oleh pembantu rumah Indonesia. Keluh anak kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu: “Pembantu rumah saya sebelum ini banyak mendatangkan masalah. Sudahlah malas melakukan kerja rumah, malah kebersihan anak-anak juga terabai.
“Paling membimbangkan, saya pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang mencuri. Jadi saya fikir, kalau mereka boleh mencuri tak mustahil mereka akan melarikan anak-anak saya kelak,” kata Salina meluahkan kebimbangan.
Sementara itu, Roshenahnor Roheni, 28 tahun, lebih mempercayai ibunya untuk menjaga Nur Syafiqah Batrisyia Mohamad Saiful Bahari yang berusia dua tahun daripada menghantar ke taska. Ia berpunca daripada paparan media tentang kes kemalangan dan kematian kanak-kanak disebabkan kecuaian para pengasuh di taska.
Enggan membiarkan nasib yang sama menimpa anaknya, Roshenahnor berasa lebih selamat jika ibunya yang mengawasi anaknya sepanjang dia keluar bekerja.
“Benar, ada yang menyifatkan di taska kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai perkara yang mengembangkan minda mereka. Sebab itulah, pada hujung minggu dan setiap petang saya akan membaca buku, mewarna dan beriadah bersama Nur Syafiqah,” kata Roshenahnor yang turut melatih anaknya supaya boleh bertutur dengan jelas.
Bagi pengetua pusat penjagaan Kinderland, Subang Jaya, Selangor, Eleanor Loh, 51, salah satu pendidikan utama yang diterapkan di taska ialah cara berkomunikasi dengan betul.
Para pengasuh dihalang bercakap pelat kerana ia membantut kelancaran pertuturan kanak-kanak.
“Inilah keistimewaan taska kerana kanak-kanak disalurkan ilmu positif. Kami bukan sekadar membentuk emosi dan sosial malah membantu meningkatkan aspek bahasa, kemahiran pergerakan dan fizikal kanak-kanak.
“Begitu juga dengan penyediaan makanan. Setiap hari pihak taska menyajikan menu seimbang yang mengandungi karbohidrat, vitamin dan protein. Inisiatif ini penting untuk perkembangan otak dan kecergasan fizikal kanak-kanak,” tambah Eleanor yang memiliki Diploma Penjagaan Kanak-kanak dari salah sebuah universiti di London.
Bagaimanakah dengan kebajikan dan pendidikan kanak-kanak di taska?
Kata Eleanor: “Segelintir ibu bapa memikirkan lebih baik wang tersebut digunakan untuk membayar gaji pembantu rumah daripada memperuntukkan kepada taska.
Rumah jiran
“Ada juga ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke rumah jiran kerana tidak mampu membayar yuran bulanan taska yang tinggi.
Bercakap tentang ketidakmampuan ibu bapa menanggung kos yuran bulanan yang mencecah RM500 untuk seorang anak, Pengusaha Taska Komuniti Penyayang di Bandar Sri Damansara, Farah Diyana Nazaruddin, 28, menyarankan taska komuniti boleh dijadikan pilihan.

Taska Komuniti merupakan pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan sama ada yang menetap di bandar dan di luar bandar.
“Mereka yang menepati syarat layak menerima subsidi kerajaan sebanyak RM180 sebulan. Ibu bapa hanya perlu menambah RM100 sekiranya dikenakan yuran taska sebanyak RM280.
“Jadi tiada alasan ibu bapa mengeluh kerana tidak mampu membayar yuran taska yang terlalu tinggi,” ujar Farah yang menyatakan kes penderaan dan kecuaian di taska komuniti amat rendah kerana taska itu berdaftar dan dibawah kendalian Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan JKMM.

Isnin, 6 September 2010

Skim Bantuan Usahawan Baru Taska Tadika BondaMama

http://www.bondamama.com/bondamama_logo.jpg
www.bondamama.com

ANDA DIDALAM KATEGORI YANG MANA SATU ?

1. Anda sedang merancang untuk membuka taska atau tadika ?
2. Anda sudah memiliki taska tadika sendiri dan ingin bergabung dengan BondaMama ?
3. Anda ingin melabur dalam perniagaan taska tadika dan ingin BondaMama uruskan untuk anda ?


HUBUNGI KAMI DI 019-2111202 ATAU EMAIL info@bondamama.com UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MAJU BERSAMA BONDAMAMA DIBAWAH SKIM BANTUAN USAHAWAN BARU TASKA TADIKA.



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs103.ash2/38467_417258034517_166770874517_4437833_1482155_n.jpg

BondaMama ialah sebuah program bagi membantu usahawan-usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk memulakan serta memajukan taska dan tadika mereka sendiri. Dimulakan dalam tahun 2008 dan kini telah berjaya membimbing usahawan-usahawan menubuhkan lebih 20 cawangan BondaMama Kids Center di seluruh negara.

Dibawah skim bimbingan BondaMama anda akan didedahkan dengan peluang-peluang perniagaan yang menarik dan lumayan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Anda telah menyaksikan bagaimana ianya satu perniagaan yang menarik di TV1 RTM pada hari Sabtu 12 Jun 2010 yang lalu didalam rancangan Apa Kata Wanita dan tentunya anda tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai perniagaan ini secara SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA.
http://www.bondamama.com/01/images/stories/colage_uniform_s.gif

Anda juga boleh menjadi usahawan tadika taska

HUBUNGI KAMI DI 019-2111202 ATAU EMAIL info@bondamama.com UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMULAKAN BONDAMAMA ANDA SENDIRI.

Maklumat Lanjut Sila Layari http://www.bondamama.com/

http://www.bondamama.com/01/components/com_joomgallery/img_pictures//kursus__latihan_3/bondamama_bentong_pahang_20091127_1268278922.jpg

Hubungi kami

TASKA KUNTUM
40, Jalan TK 4/4B, Taman Kinrara, Seksyen 4, 47100 Puchong, Selangor
Tel : 03-80758596 / 019-2238865 / 019-3162407 (Yatie)
Email : magyatie@yahoo.com
Alt. Web : http://magyatie.tripod.com/